Wednesday, 25 July 2012

hati dan air mata......

Assalamualaikum...

hye...hye.and hye....

hari ni nak cerita pasal hati..and air mata..kenapa dua tajuk nie...berkait ke....
sememangnyer hati dan air mata berkait antara satu sama lain....contoh kalau korang sedih, korang akan mengalirkan air mata...... kalau frust, kecewa , putus cinta...semua akan berkaitan dengan hati..korang akan mengalirkan air mata..... bukan sedih jew..tapi apabila hati korang rasa bahagia...hepi jugak akan mengalirkan air mata....


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. 


Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
 

1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 
2.   Menangis kerana rasa takut. 
3.   Menangis kerana cinta. 
4.   Menangis kerana gembira. 
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis. 
sebab nanges...( copy paste dari uncle google....)
Menangis kerana sedih
Ini biasa kita lihat, ramai orang akan menunjukkan rasa sedih dengan mengeluarkan air mata. Rasanya tak perlulah hurai panjang-panjang.
Menangis kerana rasa hina dan lemah
Pada kebiasanya, apabila seseorang lemah akan meratapi kelemahan yang ada dan tidak upaya dengan menangis. Mungkin dengan menangis ada insan yang sanggup menolongnya.
Menangis kerana cinta
Bab ni susah nak terangkan, mungkin boleh tanya mereka yang sedang bercinta. Ataupun jika kita seorang yang beriman, dengan penuh keimanan secara semulajadi kita akan menitiskan air mata.
Menangis sebab takut
Kadang-kadang jika kita rasa terlalu takut air mata pun boleh keluar, ini mungkin disebabkan perasan kita tidak dapat menahan kebimbangan keselamatan kita. Sebagai contoh jika kereta rosak di atas bukit diwaktu malam..uuuupppsss gelap…
Menangis kerana gembira
Ini dah biasa, selalu kalau kita dapat keputusan yang cemerlang atau diterima lamaran pasti ada yang melompat dan menangis, peluk tiang dan sebagainya..
Menangis sebab ikut rakan
Ada juga penyakit ini, penyakit ini berjangkit dari rakan sebelah dia. Mungkin mereka yang mudah berjangkit ini jenis yang mudah menusuk kalbunya. Ala..biasalah..nak tunjukkan keperihatinan. Kadang-kadang memang jenis manusia yang senang dipengaruhi oleh kawasan sekitar.
Menangis kerana kesulitan
Biasanya mereka yang mengalami masalah yang berkecamuk dan kusut juga boleh menitiskan air mata. Hal ini kerana ada potensi diri yang tidak dapat dikeluarkan atau diluahkan. Mungkin dengan menangis hati dapat reda sikit dan minda mampu berfikir semula.
Menangis untuk tagih simpati
Umum tahu bahwa nangis ini menunjukkan kesedihan, jadi ia digunakan oleh sesetengah pihak untuk memohon belas kasihan. Selain itu ia juga sebagai aktiviti semulajadi dalam meminta sesuatu.
Menangis kerana sayang
Menangis ini lebih kurang sama dengan menangis kerana cinta tadi, tapi sayang ini adalah peringkat yang lebih mendalam melibatkan hati dan perasaan.
Menangis berlakon
Ini adalah perbuatan orang yang suka berlakon dengan niat untuk menipu supaya segala kemahuan dituruti. Tak baik buat gitu, menyusahkan orang adalah..


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis. 

Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” 

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka. 

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian. 


Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1.  Apabila dahinya berpeluh.
2   Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair. 



tak semua air mata yang mengalir tu betul lahir dari hati atau hanya air mata yang penuh kepura-puraan..palsu.... 

kadang- kadang hati kite sebak...kadangkadang air mata keluar mengalir mencurah curah tanpa mengharapkan kereleaan dari hati..tanpa kite sedar  or sendiri tak tahu kenapa..dari mana puncanya.. masih buntu memikirkannya.....eyra pernah merasainya... semalam pun ase  cam sedih...cepat nak touching even bende yang kecik...tu yang tetibe nak tulis pasal nie... (why?? i m still try to find the answer...)





nie salah satu info eyra dpat...tapi ase yg lelaki nangis tu cam tak bape nak setuju...huhu (ikot korang lar ase cam ne ok...)

Perempuan kalau ketwa, ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki
♥ TAPI Kalau lelaki menangis, air mata lelaki lebih jujur daripada perempuan


air mata kita sebenarnya sungguh berharga....so jangan mempersiakan nya hanya kerana menangisi sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita... (maknenye, jgan law frust ke putus cinta ke ape especially pompuan tak payah nangis.... sabar je..insyaallah maybe ade lebih yang memerlukan kite.... )
#eyra pernah je nanges tapi cam fikir, nape plak hbeskan air mata pada org yg tak menghargai kite...kan...


Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman,
kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...!


Hargailah mereka yang menitiskan air mata untuk anda =)








lebih baik kita mengalirkan air mata apabila
bersujud dan memohon keampunan 
pada Allah.....









Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Airmata dan hati... Allah memberi untuk menyempurnakan kehidupan insan...tanpa airmata, tanpa hati, manusiakah yang bernama insan?

#renung-renungkan lar...

ASsalamualaikum.... peace.... 

No comments:

Post a Comment