Tuesday, 31 July 2012

time kecik2 dulu...

Assalamualaikum...

hye..hye n hye...

hahaha..pagi2 tadi dah tegelak gilerrrr...baca staus kat fb tadi...haha.. nak tahu pe dy? jap yek..tapi status niey tak de kne mngena dengan hidup o mati taw...huhu

Lawak lar..haha. "Awk, sudikh awk mnjdi temn hti sya" *tersent kt ayah*. *Ayh reply* "spender pun aku sponsor, nk meggtal,blik t siap kau !"
(gurauan di pagi hari..)


Ish eyra..eyra puasa..pusaa...teruk betul kan... k2 kite balik semula tajuk entry eyra hari nie..tadi tak tahu nak buat ape...sebab semalam tidur awal sangat..tak tahu lar kenapa..letak2 kepala kat bantal tudiyaaa terus hilang dah fly ke london, eropah, england.... tiket tak beli boley fly..pelik seyh...hahaha (merepek sudah...)hahaah
so, sebab tu lar sekarang mata dah segar sangat nie.... sesegar bunga-bunga mekar ditaman yang sibuk melambai-lambai mengharapkan kehadiran sinar mentari menjegah...(#ayat metafora plak...tah pe2 tah


k tadi eyra tengok2 lar album lama2 tu..saje tak de keje itu lar adatnyer...huhu
tibe2... jeng..jeng terjumpe lar gambar time eyra kecik2 dulu..
tibe2 (tersenyum n tersengih sendiri.....ce teka nape? huhu)
#dalam hati... comel jugak eyra time kecik2 dulu....tapi sekarang dah besar....da tak  comel kan...
padahal..... ( lagiiiiiiii lar comel ...haha)
perasan jap... jap g mesti ramai yang menyampah ngan makcik eyra nie....perasan je kan...ish2...

jom lar tengok... korang gambar eyra time kecik2 dulu..tapi tak de secomel korang smua..gambar niey eyra tangkap gune web cam jew ... so tak bape jelas lar..xper lar... maklum lar juru gambar tak profesional....haha

time umur 4 tahun tak silap..


sopannyerr duduk..


niey eyra ngan adik lelaki time raya..
sedondon kan kiteorang...huhu

muke boring..hahahah

comelnyerrr...
(puji diri sendiri..pasan jap..hahax)

this my sister...

niey eyra ngan adik laki eyra...

gambar time kat zoo negara..


most of people said,
muke adik eyra yg girl niey tak macam eyra
ngan adik laki...
p/s: sokey lar dik anyway akak sayang korang berdua
sangat2..tak kira lar muke lain ke pe ke..k


wow kejap je masa berlalu,teringat zaman kecik2 dulu..
now eyra dah pun 19 tahun....dah besar kan.... (eyh belum cukup 19 lar....baru 18..pasan muda jap...)
org kate dah boley kawen dah tu.... hahahaha amboi gatalnyer eyra... study dulu...

HARAP SATU HARI NANTI KITE BERTIGA AKAN MENJADI ANAK YANG BERBAKTI KEPADA KE DUA IBUBAPA KITE SATU HARI NANTI..INSYAALLAH ..AMIN...


Salam Ramadhan...
k lar bubye semua.....

Assalamulaikum...

Wednesday, 25 July 2012

hati dan air mata......

Assalamualaikum...

hye...hye.and hye....

hari ni nak cerita pasal hati..and air mata..kenapa dua tajuk nie...berkait ke....
sememangnyer hati dan air mata berkait antara satu sama lain....contoh kalau korang sedih, korang akan mengalirkan air mata...... kalau frust, kecewa , putus cinta...semua akan berkaitan dengan hati..korang akan mengalirkan air mata..... bukan sedih jew..tapi apabila hati korang rasa bahagia...hepi jugak akan mengalirkan air mata....


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. 


Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
 

1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 
2.   Menangis kerana rasa takut. 
3.   Menangis kerana cinta. 
4.   Menangis kerana gembira. 
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis. 
sebab nanges...( copy paste dari uncle google....)
Menangis kerana sedih
Ini biasa kita lihat, ramai orang akan menunjukkan rasa sedih dengan mengeluarkan air mata. Rasanya tak perlulah hurai panjang-panjang.
Menangis kerana rasa hina dan lemah
Pada kebiasanya, apabila seseorang lemah akan meratapi kelemahan yang ada dan tidak upaya dengan menangis. Mungkin dengan menangis ada insan yang sanggup menolongnya.
Menangis kerana cinta
Bab ni susah nak terangkan, mungkin boleh tanya mereka yang sedang bercinta. Ataupun jika kita seorang yang beriman, dengan penuh keimanan secara semulajadi kita akan menitiskan air mata.
Menangis sebab takut
Kadang-kadang jika kita rasa terlalu takut air mata pun boleh keluar, ini mungkin disebabkan perasan kita tidak dapat menahan kebimbangan keselamatan kita. Sebagai contoh jika kereta rosak di atas bukit diwaktu malam..uuuupppsss gelap…
Menangis kerana gembira
Ini dah biasa, selalu kalau kita dapat keputusan yang cemerlang atau diterima lamaran pasti ada yang melompat dan menangis, peluk tiang dan sebagainya..
Menangis sebab ikut rakan
Ada juga penyakit ini, penyakit ini berjangkit dari rakan sebelah dia. Mungkin mereka yang mudah berjangkit ini jenis yang mudah menusuk kalbunya. Ala..biasalah..nak tunjukkan keperihatinan. Kadang-kadang memang jenis manusia yang senang dipengaruhi oleh kawasan sekitar.
Menangis kerana kesulitan
Biasanya mereka yang mengalami masalah yang berkecamuk dan kusut juga boleh menitiskan air mata. Hal ini kerana ada potensi diri yang tidak dapat dikeluarkan atau diluahkan. Mungkin dengan menangis hati dapat reda sikit dan minda mampu berfikir semula.
Menangis untuk tagih simpati
Umum tahu bahwa nangis ini menunjukkan kesedihan, jadi ia digunakan oleh sesetengah pihak untuk memohon belas kasihan. Selain itu ia juga sebagai aktiviti semulajadi dalam meminta sesuatu.
Menangis kerana sayang
Menangis ini lebih kurang sama dengan menangis kerana cinta tadi, tapi sayang ini adalah peringkat yang lebih mendalam melibatkan hati dan perasaan.
Menangis berlakon
Ini adalah perbuatan orang yang suka berlakon dengan niat untuk menipu supaya segala kemahuan dituruti. Tak baik buat gitu, menyusahkan orang adalah..


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis. 

Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” 

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka. 

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian. 


Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1.  Apabila dahinya berpeluh.
2   Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair. 



tak semua air mata yang mengalir tu betul lahir dari hati atau hanya air mata yang penuh kepura-puraan..palsu.... 

kadang- kadang hati kite sebak...kadangkadang air mata keluar mengalir mencurah curah tanpa mengharapkan kereleaan dari hati..tanpa kite sedar  or sendiri tak tahu kenapa..dari mana puncanya.. masih buntu memikirkannya.....eyra pernah merasainya... semalam pun ase  cam sedih...cepat nak touching even bende yang kecik...tu yang tetibe nak tulis pasal nie... (why?? i m still try to find the answer...)





nie salah satu info eyra dpat...tapi ase yg lelaki nangis tu cam tak bape nak setuju...huhu (ikot korang lar ase cam ne ok...)

Perempuan kalau ketwa, ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki
♥ TAPI Kalau lelaki menangis, air mata lelaki lebih jujur daripada perempuan


air mata kita sebenarnya sungguh berharga....so jangan mempersiakan nya hanya kerana menangisi sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita... (maknenye, jgan law frust ke putus cinta ke ape especially pompuan tak payah nangis.... sabar je..insyaallah maybe ade lebih yang memerlukan kite.... )
#eyra pernah je nanges tapi cam fikir, nape plak hbeskan air mata pada org yg tak menghargai kite...kan...


Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman,
kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...!


Hargailah mereka yang menitiskan air mata untuk anda =)








lebih baik kita mengalirkan air mata apabila
bersujud dan memohon keampunan 
pada Allah.....









Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Airmata dan hati... Allah memberi untuk menyempurnakan kehidupan insan...tanpa airmata, tanpa hati, manusiakah yang bernama insan?

#renung-renungkan lar...

ASsalamualaikum.... peace.... 

Tuesday, 24 July 2012

rahsia wanita...



assalamualaikum..

hye..hye..hye...
ari nie eyra nak kongsi rahsia wanita.....

saje tak de keje nie....

Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit. Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamanya ketika mencari calon isteri.. Dipetik dari Facebook....




1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam

assalamualaikum...


Monday, 23 July 2012

harapan ku.......

Assalamualaikum...

hai semua...
seutas senyuman yg ikhlas dan menceriakan itu adalah ibadah... so senyum larrrr... :D


hehe mutiara kate pulak hahaha..copy jew tu tak de idea nk reka sendiri....huhuhu


Hah ari nie eyra nak citer pasal harapan.... ari ni sakit perut tak boley nk tido pas sahur tu yang tangan terasa laju jew nak menekan papan kekunci keyboard ni degan rancaknyer.....hahaa  (ayat tah pe2 tah)


hah pasal harapan... semua orang mesti ade harapan dan impian masing-masing kan... ade yg nak punya harapan kahwin awal, nak dapat anak, belajar, nak kerja bagus n macam2 lagi.... but bagi eyra.... eyra rasa harapan eyra hanya dua....(ckap mcam satu jew....huhu)


Firstly, nak tengok family bahagia.....dengan kejayaan yang eyra kecapi tak lama lagi...ececece #start berangan jap...huhu yer lar sape tak hepi kan kalau ibu bapa tengok anak die berjaya sampai ke menara gading betol tak....?  


second, eyra harap...eyra dapat seseorang yang akan membimbing eyra ke jalan yang diredhai Allah..eyra nak hidup bahgia...seseorang tu sudah pasti jodoh eyra.. eyra percaya takdir yang akan menemukan kami....kerna allah dah menetapkan jodoh, ajal , hidup seseorang sejak berusia 4 bulan dalam kandungan lagi...(subanallah...allah maha besar..)... doakan yg terbaik tok eyra ye korang semua...amin...


K pasal harapan kan sebnrnye eyra nak citer penglamn eyra study smpai ari ney...


start dari tadika..... eyra tadika kat tadika kemas....kat ulu kelang..tahukan... dulu eyra nak sangt jadi cikgu..huhu coz suke mengjar org...haha time sekolah rendah darjah 1 sampai drjah 4 eyra sekolah kat SKHK... SEKOLAH KEBANGSAAN HULU KELANG... (Sekolah yg p ramlee dulu tu.... ingt tak.. ade cter sal pe tah... yg ari2 cikgu main bola...ari2 cikgu tidor...haha btol ke tak tah ayat dy nie...law korg ingt lar..huhu) #bangga seyh


Hah pas tu eyra pindah sekolah kat SKBB then darjah 5 kat SKBS.....Time ni eyra harap eyra nak jadi doktor....huhuhu tp malangnye results tak bape mnglkkan time UPSR...3A jew ... (alhamdulillah)
but eyra tak dpat masuk asrama...... (sedih gak r... but try ag..)


time dah masuk sekolah menengah eyra skolah kat SMKBS..... DARI FORM 1 SAMPAI 3....
time Ney eyra tak berharap tok jadi seorg doktor sebab results....just study pe yg eyra suke sangt iaitu MATEMATIK....


Pastu tak sangka pulak eyra dapat masuk kelas sains tulen time FORM 4 sampai FORM 5...
sebab mule2 expect masuk kelas sains akaun kew... eyra harap nak jadi akauntan time tu..nak amek akaun..tp dah Allah bagi rezeki dpt masuk kelas sains... eyra dapat 8A... tak sangke...(sebab trial 2Ajew..... huhuhuhu) bersyukur sangt.... (allhamdullillah ..the best moment forever.....nges gilerrrrrr time tu.......)


pastu time SPM eyra diduga sekali lagi... mak target eyra tggi sangat but eyra tak dapat... sekli lagi kecewakan parents... dapat 5A 4B..... (ok lar tu.. alhamdulillah ya allah..) harap dpt masuk matrik..ingt 5A tak dpt tapi sebaliknyer..... gembira tak terhingga... fuhhh.... 


Time niey semangat eyra nak jadi doktor berkobar 2 lar....tapi terpikir jugak ..mampu tak eyra nie..tp try jew larrr..huhu Bile results PSPM 1 tak sampai 3.5..jatuh sikit hrapan tu..tp try lagi.... time PSPM 2...alhmdulillah melebihi 3.5....(nanges lagi..haha cengeng kan... bese lar pompuan ati lembut...hehe ) time tu just harap tak jadi doktor pun tak pe... nk kerja kat hospital....huhuhu tak tahu nape..tp suke hospital..hahaha


tapi time tbe dpt results upu....eyra frust giler harapan kini menjadi kenangan..adekh eyra berpeluang melaksanakn harapan eyra ? adekah eyra berjaye t ? ape hikmah semua ni? Allah nak uji eyra nie....banyak bersabar..insyaallah moga nie semua nie yg terbaik... skunk tak ase malu dah org tanye dapat mane.. EYRA bangga je jawab dpt UITM..haha.. coz eyra patut rase bertuah walaupun tak dapat yang diimipikan... tapi at least dpat masuk ipta..... insyaallah boley berjaya.... kerana dimana ade kemahuan disitu ade jalan.... kat mane pun sama..janji pas ni.. blajar jgan main2 dah...


hurm... ney lar harapan eyra selame eyra hidup sampai hari nie... moga satu hari nanti harapan ni akan termakbul insyaallah....  gudluck semua....teruskan mengapai cita2 dan melaksanakan harapan kamu semua....




P/S :saje jew ase nak menulis walaupun tahu ianya merepek... ( whatever...huhu)


k lar... assalamualaikum semua.... bubye...:)

Sunday, 22 July 2012

tentang perempuan...

assalamualaikum...

TENTANG PEREMPUAN...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


#just nak share ape yang eyra tawu... ok..

Assalamualaikum...

rindu serindu, rindunya.....

Assalamualaikum....

hye..hye....hye...

selamt tengahari.....fuh suspen tak tajuk entry hari nie....hehe
Rindu serindu, rindunya.....tajuk lagu spoon tu....hahaha
rindu sape lar eyra niy kan...rindu ngan my roomates lar....bukan rindu yg korang fikirkan..haha....

Bile buka puasa teringat kenangan dengan roomates semua...syamin, amy, arnie....
rindu giler ngan korang semua....Teringin nak buka puasa sama2 lagi sekali dengan korang..agak2 biley yek boley berjumpa lagi...semua dah ada haluan masing-masing...

Amy dah pilih nak g USM... sains matematik ..3 tahun....same ngan eyra..3 tahun jugak tapi sains biologi...Arnie pergi MESIR buat medic.. (lau eyra mampu, eyra pergi ngan arnie...dah dapat tempat sama dah kan arnie...boley jumpa lagi....hehe) arnie 6 tahun...(lamanyerrrr...) min kat UPM 4 tahun ... sains pendidikan...... (korang bile nak jumpa nie....t dah g blajar susah..padahal eyra yg susah nak kuar,,,haha .)

Dulu teringat kengan berbuka sama2... sahur kiteorang cukup malas  nak turun kafe...makan roti o maggi je kan... (tak silap larrr...)hahahaha

Rindu lar nak g pasar malam kat KMS ngan korang semua.... beli kebab pakcik handsome...hahaha bukan eyra nak beli kebab tu sebab pakcik tu handsome tapi kebab die memg sedap, murah, banyak inti nya....perghhh pose ni...sabor..huhu  (bukan bulan pose kiteorang g tapi time mggu sebelum balik... ) tapi sebab last aritu kempunan, terkilan lar tak dapat nak pegi beli kebab tu sebab pak guard tak bagi kuar..hahaha( sedihnyerrr... dah lar mggu last nk tinggalkan banting... sob..sob...) pak guard tak kasi kuar sebab mggu tu mggu exam kan....even tak de exam ari tu...
ish pak cik nie.....hihi


Budak KMS ber maharajalela kat pasar malam tu..sekali tengok macam mernetas desa kat sekolah pun ade...semua pakai baju kolej jew..kuar...hahah kelakar plak teringat... ney lar beberapa gambar yg sempat di snap (senyap2....haha jgan marah ya....)





hahah kenangan terindah di KMS....
khas buat roomate ku semua..... gud luck semua..... semoga satu hari nanti semua berjaya....k
kite doakan yang terbaik tok korang.....doakan kite nie...Hrap kat pahang nanti, kite jumpa roomate macam korang.... (bestnyerrrrr....even 1st time dok asrama...)
min, arnie.... korang lambat habes kan... #kenyit mata.... so, t kalau sampai kad jemputan kite ngan amy t jgan lupe datang...hahaha (gatal jap.... eyra...eyra.... hahaha) bagi kiteorg kawen dulu lar..lau dah sampai jodoh...hahaha


k lar...cukup sampai sini eyra merepek..daaa...
Assalamualaikum...


Saturday, 21 July 2012

first day....

assalamualaikum semua...

haiiiiiii...

Before start entry ni, selamat berpuase, selamat menyambut bulan ramadhan n selamt hari raya....(amboi puasa baru 1st day dah sibuk nk raya..hahaha)

hah ari nie first day klakar lar....first day dah bangun lambat untuk puasa mana tak nyer jam tak berbunyi punya pasal....nape jam tak bunyi sebab .........................eyra lar....(cuai sangat...hehe)

eyra tolong setkan jam phne mak tapi, tak tkan on...kompem..kompem lar tak berbunyi...hehehe
eyra kunci jam kat phne eyra..tapi tak berbunyi....kenape?
 coz eyra ter set kan ari isnin padahal hari nie hari sabtu....(jam pun pandai tengok hari..eyra...eyra..hari pun tak ingat ke.....hahaha)

Last-last bangun kul 5.25....naseb mak tersedar..kalau eyra..sori larrr...(takkan bangun punyer dah tidur kul 1...hahahah) pe lagi kelam kabut bangun makan....naseb lar sempat sahur even makan sikit je...(at least dapt makan nasi...haha) ambil berkat sahur lar katakan...

Dugaan tu semua di bulan puasa...sabar lar yek...t lain kali jgan lalai dah..
pengajaran tawu.....






 tadi time kat fb seronok eyra kenekan sorang nie....hahaha sian die...
sori lar wk..saje je gurau2..bulan pose nie...maafkan yek,....

k lar..eyra nk masak..bubye semua..
Assalamualaikum...

Friday, 20 July 2012

laksam oh laksam...

Assalamualaikum semua....

hye..hye..hye...

aish nape lar tajuk laksam nie.....tawu lar nak puasa tapi takkan semua makanan nak mengidam... (eyra...eyra...)

eyra suka sangat makan laksam...(padahal bukan orang timur pun....perak lar...)
wani pun pelik eyra pandai makan laksam...huhu (maklumlar wani kan orang terengganu..org timur reti lar makan laksam nie....)

eyra pun tak tahu mane blajar makan nie...ikot ayah kot...(ayah semua die makan...tosei ,capati, laksam, nasi kerabu, pizza...haha) Ya Allah kalau makan laksam selalu sebungkus tak cukup..mesti terasa nak makan dua...hehe (tamak tu..) hah disebabkan eyra suka makan eyra nak carik orang timur lar nanti, boley makan laksam selalu...(gatalnyer eyra nie...juz kidding..hehe)

eyra nak try lar carik resipi laksam...blajar wat baru puas nak makan....hihihi
Ish tapi jauh sangat tu nak mintak resepi makcik yang kat timur... so, ape guna ada internet search je lar...Laksam Kelantan...hahaha kuar macam2 dah....tak payah nak g timur semata-mata nak mintak resepi turun temurun makcik kat timur...

ish cerita macam ni pun dah  terliur rasanya..korang suka tak? kalau tak pernah try ...baik try...tak rugi taw..rasa macam seribu nikmat...uish ase cam nak carik laksam sekarang jugak...padahal semalam baru je makan..haha

Ish teringin sangat...sangat......huhu
sabar eyra...sabar....jangan ikut perasaan sangat t tak silap besokkkk..
page depan harian metro, plajar stress (paham stress cm ne..hehe) sebab terlalu ikut perasaan nk makn laksam...hahaha ( mintak jauh...sssshhhhhhhh) tak nak jadi stress sampai macam tu..bahaya..bahaya..hehe

dah lar cukup cukup sudah...sampai di sini saja....huhu (nyanyi pulak betul ke tak lirik main hentam saje..haha).....ape yang merepek nie.dah lar.....kat bawah nie ade resepi ..jom blajar buat..huhu


Bahan-bahan ( boleh hidang utk satu family - 2adults 2 kids )

  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan: Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll

Cara-cara

  1. cara-cara membuat laksam:
  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.
  3. Sementara tu sediakan kukus atas api
  4. Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.
  5. Tuang 2 senduk
  6. Kukus sampai agak keras, tidak berair.
  7. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
  8. cara-cara membuat kuah:
  9. Rebus ikan sampai masak
  10. kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)
  11. masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)
  12. kacau sebati, sampai naik bau
  13. Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,
  14. Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau
  15. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi
  16. kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa
  17. potong2 laksam, dah boleh hidang and makan


wow...korang t boley cuba...kalau jadi bagi lar eyra rasa yek....huhu

bye semua...selamat mencuba...

Assalamualaikum...

Ramadhan dtg lagi...

Assalamualaikum....

hye semua...

hah ari ney last...before kite menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yg penuh barakah...
maghrib t kire dah start ramadhan..MOH kita ramai2 g surau masjid wat solat terawikh...(seronoknyerrr....huhuhu)

Eyra excited gilerrrr tahun nie nak puasa ...(nape tah..tibe2 jew...huhu)
Eyra rasa bertuah sangat bile dapat diketemukan semula dengan bulan ramadhan....
Alhamdulillah Ya Allah , sesungguhnya hamba bersyukur dpat bertemu lagii dengan bulan ramadhan...walaupun hamba tahu, hamba bukan lah seorang yg sempurna..tapi hamba berusaha untuk menjadi yg sempurna di matamu...Ya Allah.. my life just for you...

Jage lah perbuatan yang boley mengurangkan pahala puasa kite even hal yg remeh sekali pun ... (tanpa perasan)
Walau puasa tak batal, tapi kalau pahala puasa kurang, cm mane... (so, jagalah puasa ..semoga kite mendapat ganjaran pahala yg banyak...dan bukn kurang disebabkan hal yg remeh temeh..)
if korang mara2 pun sebenarnya dah kurangkan pahala puasa..sebab bile marah mesti ade ckap kasar2 kan...termaki orang ke...t pahala puasa kurang... (hah tadi tawu pun sebab dgar ustaz ckap kat tv..hehe)

to my friends, eyra mintak maaf yerw..if ade wat sesuatu yang korang rasa tak puas hati...eyra terkasar bahasa, gurau-gurau yg melampau..... (sori yek)..THANK YOU kerana sudi menjadi sahabat eyra..
jasa korang semua takkan dilupakan.. (semua kawan2 kat fb mahupun di alam realiti...hehe)
.korang sentiasa menasihatkn eyra bile eyra rasa down, rase sedih....thanx yek..Hope tahun niey kite dapat menghayati bulan ramadhan...dan mempertingkatkan amlan sunat kite di bulan nie.. (tapi amalan wajib jangan tinggal...)

Semoga Ramadhan tahun niey merupakan ramadhan yg lebih baik dari ramadhan sebelum ini...INSYAALLAH...






SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KAWAN-KAWAN...
pOSE PENUH TAW...T KALAU TAK , TAKDA DUIT RAYA...(Pose blum dah pkir raye...eyra niey..tah pe2 tah..huhu)








Wednesday, 18 July 2012

Transkrip pspm......

hye...hye...hai.....

Assalamualaikum semua...

Hah ari nie rase hepi sangat............
nape yek...huhu
Coz results PSPM dah sampai..yer lar dah lama menunggu...tapi tak sampai2 jugak... (penantian sesuatu yang menyeksakan....haha...cewah)

kelakar lar tadi... eyra kat bawah rumah...teman mak bercucuk tanam sikit...  (boley lar makan2....haha)
korang nak ape? order je... ade je mak eyra tanam...serai, kunyit, lengkuas..... buah2 buahan pun ade...rambutan (kecik ag tak membesar...) buah nangka (otw berbuah) pokok mangga (selalu berbuah tapi kene curi....sedap lar cicah kuah rojak...perghhh ...haha)...macam kebun dah kawasan rumah nie...
hahaha....datang lar rumah kalau nak rasa buah-buahan tempatan.... (ceeeewwwaahh)

ish macam dah lari tajuk dah nie....hahaha masuk balik...tajuk tadi...
hah results PSPM dah sampai tadi.... (thanx abang posmen yang handsome....huhu...tggi lar, kulit hitam manis...bercermin mata gelap...#amboi eyra, awat gatai sangat......ish masyaallah...gurau je korang...saje...)

klakar lar tadi main kejar2 ngan abang tu... (perasan je lebih,...) yer lar dengar je bunyi posmen menuju ke peti surat eyra terus lari ..dari kebun terus nak balik rumah...tapi tak sempat nk panggil abang tu... (sebnarnye kesian nanti abang tu terpakse naik ke rumah..penat2 tak de orang ...simpati cikit..huhu)

Actually eyra tak tahu nk pnggil ape kat posmen tu time nampak dy....haha
(pakcik ke abang ke...naseb tak panggil pak cik...law tak mesti dy ckap cm nie... ehem..ehem.. ''suka ati je budak ni panggil aku pakcik aku muda lagi...'' #memandai jew wat dialog sendiri...haha)
pas dah sign uh dy bagi lar transkrip tu kat eyra...lar sehelai je kew.... (ingat banyak lar suratnyer....hahaha)

Niey dy transkrip tu..hehe


ecece..posing nampak...
adoi...
#mood lega semua dah selesai..




ASSALAMUALAIKUM ... :D