Saturday, 3 November 2012

REMAJA.....


Assalamualaikum.....

hah ni article yang eyra jumpe.... rase sesuai untuk share bersama....

sebagai seorang remaja, tipu lar kalau eyra tak ade rasa langsung untuk merasai CINTA..... sebenarnya ada, tapi biarlar Allah yang mennetukan takdir , n jodoh eyra... semua eyra serahkan pada perancangan Allah S.w.t... kalau ada, insyaallah biar lar CINTA itu berlandaskan jalan Allah... semoga satu hari t, orang yg eyra tunggu dalam hidup eyra akan membawa dan membimbing eyra menjadi seorang wanita yang solehah... amin.... #eyh berangan dah...cop2.... muda lagi kan.... # hihihi

Jangan Terlalu Fikirkan Cinta



Salam to all readers~

Bagai sudah menjadi lumrah, setiap remaja ingin merasai cinta. Sehinggakan yang masih bersekolah juga adakalanya siang malam memikirkan soal cinta. Mahu bercinta di usia remaja perlu berhati-hati. Jangan terlalu mengikut kehendak perasaan dan hati. Takut nanti merana diri. Berhati-hati membawa hati. Bercinta memang indah pada mulanya, tapi pengakhirannya tak siapa yang tahu dan masih belum pasti. Cuma, yang pasti bercinta selepas nikah itu sememangnya indah.

Usah terlalu fikirkan cinta, takut nanti ada yang terluka dan kecewa. Bukan mudah untuk mengawal perasaan ketika sedang bercinta, nak-nak lagi remaja seperti kita. Perasaan mudah berubah dan terpesong. Semua benda ingin dicubanya. Kalau tersilap langkah, memang padah. Hati yang terluka sangat payah untuk di ubati. Fikirkanlah.!

Ya, memang cinta itu fitrah, tapi jangan sampai ia menjadi fitnah. Terlalu asyik memikirkan cinta juga, kadangkala tiada eloknya. Jika masih belum mampu, jangan sesekali bermain dengan perasaan. Sesungguhnya, perasaan itu tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh untuk kita lalui. Hidup ini bukan hanya untuk memikirkan cinta sesama manusia, tapi juga cinta kita kepada-Nya yang Maha Pencipta.



Mari mencari cinta bersama redha-Nya.! 

Memang tak dinafikan lagi, cinta dan perasaan itu adalah satu keperluan. Tetapi, kita harus bijak menguruskannya. Bercintalah jika mahu bercinta. Tapi, biar lah mengalir mengikut aliran yang sudah di tetapkan oleh-Nya. Bercintalah mengikut aliran yang Islam telah tunjukkan. Bukan bercinta ikut rasa di hati.

Mahu bercinta tidak salah. Tapi, biar betul-betul bersedia. Bukannya bercouple dan kemudian di tinggalkan. Ingat ye, di dalam Islam tiada istilah bercouple. Yang ada cuma ta'aruf. Bermula dengan ta'aruf, iaitu sesi berkenalan dan terus ke peringkat seterusnya yang lebih serius. Sesungguhnya, Islam ini dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Tetapi banyak cinta dan kasih sayang itu di salah ertikan. Kemudian jauh menyimpang dari makna cinta yang sebenar. Ini semua kerana kita tidak menghayati makna cinta di dalam Islam yang sebenarnya.

roomate eyra (kat uitm) pernah tanya , bercouple tu salah tak??  (dia tanya kat seorang penceramah wanita ) sebenarnya salah , tapi menjadi tidak salah apabila lelaki itu betul2  berhasrat untuk berkahwin dengan perempuan tu... dan menjaga batas2 pergaulan antara hubungan  mereka...

and eyra nak share tentang ape yg eyra dapat dari kata2 ustaz Azhar Idrus...

Apabila seseorang lelaki mengatakan hajatnya untuk meminang si perempuan tidak kira dalam bentuk apa pun.. (telefon, sms ,mulut) dan si perempuan menerima, itu dah dikira bertunang. Sekiranya , ada lelaki lain yang masuk meminang , HUKUMNYA HARAM.... kalau dia tahu.. kalau tidak tahu tidak menjadi masalah...

pe yang eyra share ni, untuk berkongsi ilmu pengetahuan.... kalau salah ke maklumat ni... maaf semua... :)


aSSALAMUALAIKUM....

No comments:

Post a Comment