Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah kite diberi peluang hidup lagi di muka bumi
Allah yg maha esa… tahun 2014 semakin
hari semakin meningkat naik umur kite , sedar tak sedar semakin pendek jangka
waktu kite didunia sebelum meninggalkan dunia yang fana ini . DOA ku semoga aku
sempat menghadiahkan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa ku dan orang di
sekelilingku… sebelum mereka menutup
mata.. mohon Allah memanjangkan usia dan hayat mereka…
Tahun
ni adalah tahun ke 2 aku berada di UiTM Pahang. Kini sudah mula masuk semester
ke 4. Aku tidak pasti apa nasib ku selepas ini, namun aku mendoakan supaya
semoga semua berjalan lancar dengan izinNYA.
Aku percaya :
jika sekarang aku masih belum dapat mengembirakan kedua
ibubapa mungkin satu hari nanti,
jika sekarang aku
masih belum dapat menerima segala yang berlaku, mungkin nanti aku akan boleh
menerimanya,
jika sekarang aku masih tidak cukup baik untuk didampingi
seseorang , mungkin nanti masanya akan tiba untuk seseorang menerima aku apa
adanya,
jika sekarang aku masih terfikir arah tuju hidupku , mungkin
nanti Allah akan menunjukkan pada aku apa hala tuju hidupkuku,
jika sekarang aku tidak berada disini, mungkin nanti aku
tidak dapat untuk membahagiakan dan membalas jasa kedua ibu bapaku,
Jika sekarang aku masih mencari identiti aku, mungkin nanti
akan kutemui jua,
Jika sekarang aku bukan seorang yang boleh dibanggakan ,
mungkin nanti aku boleh menjadi seperti yang diharapkan,
Jika sekarang aku belum cukup untuk menjadi seorang wanita
yang muslimah , mungkin nanti aku boleh berubah kearah jalan yang lebih baik
dan ditemukan dengan kebaikan,
Jika sekarang usaha aku masih tdak cukup untuk mengapai
impianku dimuka bumi ini, mungkin nanti apabila masanya tiba aku mampu mengapai
impian yang selama ini ingin aku capai.
jika sekarang aku masih berkhayal di dunia imaginasiku,
mohon bangunkan lar aku supaya aku berada di dunia realiti,
Aku percaya, semuanya atas kehendakNYA . IN SHAA ALLAH
apabila tiba masanya apa yang aku inginkan akan tercapai cuma perlukn usaha
yang lebih berbanding orang lain . Tiada yang mustahil jika semua diizinkan
Allah.