Sunday, 18 May 2014

fall in love with mr. dream..

Dalam diam aku mencintaimu...  by Encik Mimpi..







dalam sukarnya,meluahkan kata itu
aku tunjukkan rasa cintaku
ku zahirkan rasa rindu

kelembutanmu mempesonakan jiwa
senyum bibirmu mengundang ceria
hingga terbuai rasa

dalam diamku mencintai kamu
selamanyakan tetap di hatiku
terpisah jauh jiwa dan ragamu
walau beribu tahun
akukan menunggumu

dalam sukarnya,meluahkan kata itu
aku tunjukkan rasa cintaku
ku zahirkan rasa rindu

kelembutanmu mempesonakan jiwa
senyum bibirmu mengundang ceria
hingga terbuai rasa

dalam diamku mencintai kamu
selamanyakan tetap di hatiku
terpisah jauh jiwa dan ragamu
walau beribu tahun
akukan tetap menunggumu
walau beribu tahun
akukan menunggumu
akukan menunggu..mu...

Tuesday, 6 May 2014

semester 4 ..sc biology

14 Febuari 2014

Semester  4 –Uitm- Sains Biology.



Alhamdulillah lagi dua semester lagi aku akan menamatkan degree.  Setiap semester subjek makin ‘tuff’ belaka… Semoga aku dpermudahkan untuk graduate nanti dan membawa segulung ijazah ya Allah.
Hari ni aku nak share untuk sesiapa lar yang nak tahu tentang sains biologi ni. Untuk semester 4 , kali ni ada 7 subjek semua kami ambik.  Terus terang aku cakap, memang aku tak pro bahasa arab, almaklum lar aku bukanlah budak sekolah agama so tak ambik bahasa arab tinggi.. Bila masuk sini advantage lar untuk budak yang pernah ambil arab. Senang nak score.. J  Tapi sekarang dah arab 3 dah..


Aku harap aku graduate nanti bukan lar untuk hanya semata mendapatkan segulung ijazah tapi mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang pengajian aku di UiTM . amin.
Semua bermula dari niat, jika kita niat belajar kerana Allah. Allah juga akan mempermudahkan segalanya.
Begitu juga jodoh,  jika kita menyanyangi dan mencintainya kerana Allah. In shaa Allah Allah akan mepermudahkan hubungan antara umatnya.


subjek sem 4.. 



Sunday, 9 March 2014

tahun 2014..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kite diberi peluang hidup lagi di muka bumi Allah yg maha esa…  tahun 2014 semakin hari semakin meningkat naik umur kite , sedar tak sedar semakin pendek jangka waktu kite didunia sebelum meninggalkan dunia yang fana ini . DOA ku semoga aku sempat menghadiahkan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa ku dan orang di sekelilingku…  sebelum mereka menutup mata.. mohon Allah memanjangkan usia dan hayat mereka…
                Tahun ni adalah tahun ke 2 aku berada di UiTM Pahang. Kini sudah mula masuk semester ke 4. Aku tidak pasti apa nasib ku selepas ini, namun aku mendoakan supaya semoga semua berjalan lancar dengan izinNYA.
Aku percaya  :
jika sekarang aku masih belum dapat mengembirakan kedua ibubapa mungkin satu hari nanti,
 jika sekarang aku masih belum dapat menerima segala yang berlaku, mungkin nanti aku akan boleh menerimanya,
jika sekarang aku masih tidak cukup baik untuk didampingi seseorang , mungkin nanti masanya akan tiba untuk seseorang menerima aku apa adanya,
jika sekarang aku masih terfikir arah tuju hidupku , mungkin nanti Allah akan menunjukkan pada aku apa hala tuju hidupkuku,
jika sekarang aku tidak berada disini, mungkin nanti aku tidak dapat untuk membahagiakan dan membalas jasa kedua ibu bapaku,
Jika sekarang aku masih mencari identiti aku, mungkin nanti akan kutemui jua,
Jika sekarang aku bukan seorang yang boleh dibanggakan , mungkin nanti aku boleh menjadi seperti yang diharapkan,
Jika sekarang aku belum cukup untuk menjadi seorang wanita yang muslimah , mungkin nanti aku boleh berubah kearah jalan yang lebih baik dan ditemukan dengan kebaikan,
Jika sekarang usaha aku masih tdak cukup untuk mengapai impianku dimuka bumi ini, mungkin nanti apabila masanya tiba aku mampu mengapai impian yang selama ini ingin aku capai.
jika sekarang aku masih berkhayal di dunia imaginasiku, mohon bangunkan lar aku supaya aku berada di dunia realiti,
Aku percaya, semuanya atas kehendakNYA . IN SHAA ALLAH apabila tiba masanya apa yang aku inginkan akan tercapai cuma perlukn usaha yang lebih berbanding orang lain . Tiada yang mustahil jika semua diizinkan Allah.